Sunday, October 31, 2010

~dUa iNsAn~

Cinta adalah suatu anugerah..datangnya dari pancaindera lalu tersimpan kemas di hati..berkembang mekar dari hari ke hari  disulam kasih sayang yang mengasyikkan..diiringi rindu yang membuak bagai pecah  di dada menahannya..dan disulami perasaan sayang yang bersama sama mengindahkan apa itu cinta..ohh..bahagianya jika setiap hari ada cinta bersama..bersama mewarnai dunia yang tersedia untuk diterokai dengan cinta penuh di dada..semuanya kelihatan indah bagai dikelilingi bidadari yang sibuk menghias syurga..nikmatnya tidak mampu di lafaz dengan bibir, di tutur dengan kata dan di terjemah dengan perbuatan.. kerana cinta tersangat istimewa yang terpendam jauh di lubuk hati..tidak semuanya merasa nikmat cinta..meski mereka sibuk mencari ke sana sini erti sebuah cinta..namun gagal yang diketemui..kerana cinta terlalu berharga..bukan semua mampu memilikinya..
Aku tergolong dalam kalangan manusia yang bahagia..mencintai dan dicintai setiap masa..di rindui dan merindui  bukanlah sesuatu yang luar biasa..rintihan sayang sering kedengaran mencairkan jiwa..lemas dan mewah dengan cinta yang diterima buat aku jadi lupa diri.. lalu..aku menyalahgunakan anugerah cinta yang diberi..mempermainkan cinta yang tulus dari pencinta..hmm..mungkin ini akibat bagi orang yang terlalu mencari cinta.. aku mencintai dua insan dalam satu masa..meski awalnya mereka datang berlainan masa..tapi akhirnya bertemu di titik yang sama..ohh Tuhan.. adakah mencintai dua insan dalam satu masa adalah limpah anugerah yang Engkau berikan pada ku..? mengapa Engkau kumpulkan mereka dalam satu masa?  mengapakah Engkau terbitkan rasa cintanya padaku..? siapalah aku untuk dicintai.. aku tidak mampu menolak semuanya ya Tuhan..aku insan hina yang hanya layak dibenci dan dijauhi.. aku insan lemah dan tidak berguna..hati dan jiwa tidak berdaya menahan datangnya cinta..terdampar gersang menanti..menanti tandangnya cinta-cinta ..hmm..
Mungkin sekarang inilah balasan yang layak buat diriku..kedua2 cinta yang datang kini berlalu pergi..bersama diiringi dengan sakit hati dan kebencian yang kesannya terasa bagai bumi yang menghimpit badan..terasa kejapnya beban yang menahan bangunnya kepala mendongak langit..beratnya hanya Tuhan saja yang tahu..diriku kini  sesak dengan perasaan sebak di dada..memikirkan betapa perit kehilangan cinta.. lagi pedihnya bila difikirkan orang yang dipermainkan bergenang air mata menyalahkan diriku ini..hmm..hanya maaf..maaf..maaf yang mampu ku tuturkan..tangisan sudah kering dipipi, hati sudah beku kesedihan, akal  bagaikan malam gelap gelita tidak mampu lagi membayangkan kelibat seseorang yang pernah mencintai..bila tersedar betapa kejamnya diriku..hmm..malu bertubi tubi menyesakkan badan..terasa diriku memang tidak layak mencintai dan dicintai..hinanya diriku kini bagai hidup segan mati tidak mahu..dicemuh rakan rakan yang selama ini bersama bergelak ria..kerana pengaruh cinta..rakan rakan kini menghukum dan melemparkan kata kata yang ketika bahagia ria mustahil dilafazkan..hmm..aku sedar ini semua salah aku..hukumlah aku dengan segala hukuman yang ada..supaya hati yang pecah dapat dicantumkan kembali..meski kesan retak masih kelihatan..hmm..maaf..aku lelaki tidak berguna..sangat2 tidak berguna..
Warkah ini bukan untuk menagih simpati sesiapa..kerna ku tahu tiada simpati buatku..tiada kasihan lagi yang timbul di hati..mungkin keduanya tidak akan memaafkanku lagi..membenci diriku hingga mati..aku hanya mampu menerima dengan pasrah..untuk membetulkan kembali  seakan mustahil  tidak tercapai akal..hati yang kecewa pedih remuknya tiada penawar.. tangisan darah ku kirimkan belum pasti dapat mengubati hati..hamparan maaf sebesar lautan pun belum pasti dapat menjernihkan hati yang kecewa cinta..hmm..besarnya dosaku pada mereka..apakah masih ada cara untuk membetulkan ini semua..? masihkah ada ruang di hati mereka untuk memaafkan ku? Jika terdapatnya cara..tunjukkanlah padaku biarpun sesukar  mana.. Jikalau pecahnya gelas, pasti akan ku cantumkan ia kembali..jikalau pecahnya pasu..akan ku bentukan ia kembali..tapi jikalau pecahnya hati..hanya maaf..maaf..maaf yang mampu ku lilitkan di seluruh hati..tiada daya lain yang mampu ku cari..hanya menanti sebuah pengampunan ikhlas dari pencinta…
~~~If I knew it was going to hurt this bad I would have never have told u I LOVE U~~~